top of page

Kerajaan pusat harus dengar denyutan nadi rakyat Wilayah Borneo: Madius

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Oct 1, 2021
  • 1 min read


1 Okt 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan mesti mendengar denyutan nadi rakyat terutama pandangan akar umbi dari wilayah-wilayah Borneo (Sabah dan Sarawak) terutama dalam isu desentralisasi dalam tadbir urus Persekutuan Malaysia, kata Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Madius Tangau.


Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu berkata, perkara itu penting dan harus diberi perhatian sewajarnya.


“Untuk itu Tuaran (Ahli Parlimen) mencadangkan supaya salah satu daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang telahpun dipersetujui untuk di ditambah dibawah MOU, ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Desentralisasi dan Majlis Urustadbir Persekutuan- Negeri ataupun Special Parliamentary Select Committee on Federal-State Council and Decentralization.


“Melalui Jawatankuasa Khas Parlimen ini kerajaan akan dapat mengambil perspektif Tanah Besar Malaysia untuk membina dan membangun Malaysia yang Makmur, Inklusif dan Mampan,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, kelmarin.


Madius berkata, semakin ramai bercakap mengenai jurang pembangunan wilayah di antara Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia.


“Dewan yang Mulia ini semakin ramai yang bercakap tentang jurang pembangunan wilayah di antara Tanah Besar Malaysia dan Semenanjung Malaysia hanya kerana mereka memerlukan sokongan dan undi daripada Sabah dan Sarawak.


“Dulu kalau ada yang bercakap tentang hak-hak Sabah seperti 20 Perkara dan Perjanjian Malaysia 1963 di label sebagai Anti-Federal dan pasti diambil tindakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


“Syukur Hari ini di Dewan yang Mulia ini ada sudah yang mencadangkan supaya kerajaan Pandang ke Borneo supaya pembangunan di Wilayah-wilayah Borneo dapat ditingkatkan kepada rakan-rakan yang turut memperjuangkan hak-hak Sabah dan Sarawak,” katanya.


Kommentare


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page