top of page

KERAJAAN SETUJU LANJUT PKPB DI SELURUH SABAH HINGGA 9 NOV

  • nabalunews
  • Oct 24, 2020
  • 1 min read

24 OKTOBER 2020

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Kerajaan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Sabah selama 14 hari lagi, bermula 27 Oktober hingga 9 November ini.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat memandangkan masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di Sabah.

“Ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih meneruskan saringan secara bersasar kepada penduduk dan sehingga kini masih terdapat peningkatan kes positif yang tinggi dikesan dalam kalangan penduduk di seluruh Sabah.

“Sehubungan itu atas cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah dan nasihat KKM, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPB di seluruh Sabah selama 14 hari lagi,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia, hari ini.

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKPB di seluruh Sabah bermula 13 Oktober sehingga 26 Oktober.


Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page