top of page

Kerajaan tiada cadangan kurangkan cuti umum

  • nabalunews
  • 1 hour ago
  • 1 min read

ree

4 Disember 2025


KUALA LUMPUR: Kerajaan tiada sebarang perancangan untuk mengurangkan bilangan Hari Kelepasan Am yang diwartakan di bawah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369).


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu untuk mengekalkan keseimbangan antara keperluan ekonomi dan kepentingan sosial khususnya kesihatan mental pekerja.


Dalam masa sama, katanya, kerajaan berpandangan bahawa bilangan cuti bukan satu-satunya faktor penentu produktiviti.


“Analisis menunjukkan negara seperti India, Filipina, Jepun dan Thailand yang mempunyai bilangan cuti umum tinggi di antara 16 hingga 25 hari masih kekal produktif,” katanya pada sidang Dewan Negara hari ini.


Beliau menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew kerajaan mempunyai sebarang perancangan untuk mengurangkan bilangan hari cuti am sebagai langkah meningkatkan produktiviti negara.


Dr. Zaliha berkata, kerajaan akan terus memfokuskan usaha peningkatan produktiviti melalui strategi yang lebih fundamental termasuk melalui peningkatan kecekapan operasi.


Menurut beliau, ia turut melibatkan peningkatan kemahiran tenaga kerja dan penerapan teknologi dan pendigitalan, berbanding mengambil jalan mudah mengurangkan cuti rakyat.


“Dalam hal ini, kerajaan telah mengawal pertambahan cuti dengan menetapkan bahawa cuti am yang jatuh pada hari Sabtu tidak akan diganti seperti yang diputuskan Jemaah Menteri sejak 2005,” ujarnya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page