Hujan lebat berterusan tahap waspada di Sabah mulai esok
- nabalunews
- 1 hour ago
- 1 min read

4 Disember 2025
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Sabah bermula esok hingga Sabtu.
Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kawasan yang dijangka terjejas ialah Kudat serta Sandakan, melibatkan Telupid, Kinabatangan dan Beluran.
Selain Sabah, cuaca sama turut diramal melanda beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak.
Bagi Semenanjung, negeri di Pantai Timur meliputi Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh), Terengganu (seluruh negeri) dan Pahang (Kuantan, Pekan, Rompin) turut dijangka mengalami hujan berterusan mulai Sabtu hingga Ahad.
Di Johor, hujan berterusan diramalkan berlaku pada 7 dan 8 Disember melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sarawak, cuaca sama dijangka berlaku dalam tempoh tersebut di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat cuaca terkini dan sahih melalui pautan www.met.gov.my, aplikasi myCuaca atau laman media sosial rasmi MetMalaysia.


















Comments