top of page

Polis Rampas 24 Botol Air Ketum, Tahan Seorang Lelaki di PPR Gayang Ria

  • nabalunews
  • 4 minutes ago
  • 1 min read

Oleh: Romie Stanley DGuns


13 Mac 2026


TUARAN: Kegiatan pemprosesan dan pengedaran ketum di sebuah rumah dalam kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gayang Ria di sini, tumpas selepas polis menyerbu lokasi terbabit pada 11 Mac lepas.


Dalam serbuan yang dijalankan kira-kira jam 3 petang itu, seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan. Hasil pemeriksaan di dalam rumah berkenaan menemukan 24 botol dipercayai mengandungi cecair ketum dan 12 bungkusan plastik berisi serbuk disyaki ketum.


Menurut sumber polis, pihaknya turut merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk memproses air ketum termasuk dapur gas, tong gas dan beberapa buah periuk masak.


"Kesemua barang rampasan dan suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952," katanya dalam kenyataan hari ini.


Kebenanan operasi ini adalah hasil maklumat awam yang disalurkan melalui saluran rasmi QR Code Aduan Masyarakat.


Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyeru orang ramai agar terus memainkan peranan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang melalui kempen "Imbas Dan Lapor - PDRM Bersama Anda".

 
 
 
photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page