top of page

Kerajaan tidak akan campur tangan dalam kreativiti seni, sokong kebebasan berkarya

Wartawan Nabalu News


13 Jun 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan tidak akan campur tangan dalam soal kreativiti dan pencambahan idea serta nilai, sebaliknya akan terus mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni.


“Malah, Kerajaan kekal mendukung prinsip kebebasan berekspresi menerusi karya anak-anak seni, dan ia mesti disemarakkan," kata Perdana Menteri menerusi perkongsian di akaun Facebook beliau.


Terdahulu, Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa kira-kira dua jam setengah menonton tayangan khas filem "Sheriff Narko Integriti" dalam program anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di GSC IOI Mall, Putrajaya.


“Saya terkesan tatkala filem ini menjadikan isu integriti, rasuah, dan salah guna kuasa sebagai tema utama.


“Saya sambut baik usaha murni pihak pembikin filem ini yang menyambut ketegasan Kerajaan dalam mendepani masalah rasuah dan kelemahan tadbir urus.


"Saya juga kagum dengan mutu perfileman tempatan yang begitu membanggakan, dan saya amat yakin industri tempatan punyai keupayaan untuk bersaing, tidak hanya di rantau ini, malah di peringkat antarabangsa juga,” tambah beliau.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page