Kerajaan tidak akan masuk campur siasatan Pandora Papers – PMKerajaan tidak akan masuk campur siasatan Pandora Papers – PM
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kerajaan tidak akan masuk campur siasatan Pandora Papers – PM


16 Okt 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob menyatakan bahawa tidak akan ada sebarang campur tangan dari kerajaan jika siasatan dilakukan ke atas isu Pandora Papers.


Menurut laporan Malay Mail hari ini, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa tindakan boleh dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah dalam isu itu.


Tambahnya, kerajaan akan menyerahkan kepada agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membaca laporan dan melakukan penyiasatan terhadap rakyat Malaysia yang terbabit.


Bagaimanapun, beliau berkata bukti perlu didapatkan terlebih dahulu.


Pada 3 Oktober yang lalu, Konsortium Antarabangsa Penyiasatan Awam telah mendedahkan sejumlah data yang dilaporkan melibatkan sekitar 11.9 juta dokumen dan 2.9 terabyte data yang berkait dengan urus niaga rasuah elit global.


Antara rakyat Malaysia yang didakwa terlibat termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page