Kereta Jatuh Gaung, Tiga Terselamat
- nabalunews
- 48 minutes ago
- 1 min read

25 Januari 2026
LAHAD DATU: Tiga lelaki berdepan detik cemas apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter.
Dalam kejadian di Kilometer 13, Jalan SMK Segama, kira-kira jam 1 pagi itu, ketiga-tiga managa dilaporkan mengalami kecederaan selepas tersepit di dalam kenderaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.02 pagi.

Katanya, sepasukan sembilan anggota bersama jentera terus digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh kira-kira 13 kilometer.
“Jentera tiba pada jam 1.12 pagi dan mendapati sebuah Toyota Vigo berada di dalam gaung dengan tiga mangsa tersepit di dalam kenderaan.
“Pasukan bomba menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya (RTA) untuk mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan dan dilaporkan mengalami kecederaan.
“Ketiga-tiga mangsa berjaya dibawa naik ke jalan raya menggunakan tali dan pengusung sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Semua mangsa seterusnya dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 2.17 pagi selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian,” katanya.














