top of page

Kereta Terbabas Sebelum Terbakar

  • nabalunews
  • Apr 3
  • 1 min read


3 April 2025


SANDAKAN: Seorang pemandu terselamat dari sebarang kecederaan selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum terbakar dalam kejadian di Batu 13, di sini, hari ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, kereta Perodua Myvi berkenaan musnah sepenuhnya selepas terbakar 100 peratus.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 1.38 petang.



Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) terus dikerah ke lokasi kejadian.


“Kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis proton Myvi terbabas sendiri di bahu jalan sebelum terbakar.


“Operasi pemadaman terus dijalankan menggunakan satu aliran salur bantu mula dari jentera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.



Menurutnya, terdapat seorang mangsa terlibat namun tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.10 petang,” katanya.

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page