KERJA-KERJA PENGWUJUDAN HOSPITAL MEDAN TAWAU GIAT DIJALANKAN
- Wartawan Nabalu News
- Oct 15, 2020
- 1 min read

15 OKTOBER 2020
OLEH WARTAWAN NABALU NEWS
TAWAU: Kerajaan mewujudkan Hospital Medan Tawau di Kompleks Sukan Tawau untuk merawat para pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr.Noor Hisham Abdullah menerusi laman sosial Facebook dipetik sebagai berkata, hospital medan itu akan merawat pesakit bukan Covid-19 khususnya untuk perkhidmatan Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics, Orthopaedic dan Pembedahan Am.

“Kerja-kerja pengwujudkan hospital medan ini, sedang giat dijalankan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Hospital medan terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Hospital Tawau,” katanya.
Noor Hisham turut berkongsi beberapa keping gambar kerja-kerja pengwujudan hospital medan itu melalui Facebook beliau.
Kementerian menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terutamanya ATM membantu menjayakan Hospital Medan ini, katanya.

Katanya lagi, ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 – 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna.
Manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).















Comments