Kerjasama Bersepadu Perangi Jenayah Hhidupan Liar Dan Ancaman Khazanah Alam Negara
- nabalunews
- 2 hours ago
- 1 min read

15 Mei 2025
KOTA KINABALU: Kerjasama bersepadu antara agensi amat penting dalam memerangi jenayah hidupan liar dan pelbagai ancaman terhadap khazanah alam negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, tekad dan iltizam yang itu perlu disusuli dengan usaha dan gerak kerja yang jitu menerusi kesepakatan ‘inter-agency’ yang ampuh.
Katanya, usaha pemberdayaan yang berterusan diyakini mampu menumpaskan kegiatan jenayah hidupan liar secara inklusif.
“Kerjasama bersepadu antara agensi amat penting dalam memerangi jenayah hidupan liar dan pelbagai ancaman terhadap khazanah alam negara.
“Ini sekali gus melindungi khazanah negara daripada terus dicabuli,” katanya ketika berucap selepas mempengerusikan Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) Siri 17 Bilangan 1, 2025, di sini, hari ini.
Mesyuarat berkenaan turut dipengerusikan bersama Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim dan Timbalan Ketua Pengarah (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Siti Mang.
Mesyuarat berkenaan turut disertakan dengan sesi taklimat Pelaporan Keberhasilan OBK dan Sabah World Wide Fun.
Taklimat disampaikan oleh Penolong Pengarah Perisikan/Siasatan Khas, Bahagian Wildlife Crime Bureau (WCB)/Perisikan dan Siasatan Khas (PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Superintenden Ahmad Amri Abd Rahman dan Puan Joannie Jomitol dari Wildlife Protection Unit.
Comments