top of page

Kerjasama kukuh antara kerajaan dan FCAS perkukuh kesejahteraan

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read

21 Februari 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, semangat kerjasama yang kukuh antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat seperti Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) mampu membantu memelihara kesejahteraan negeri Sabah.


“Saya percaya melalui semangat kerjasama ini kita akan terus dapat memperkukuh kestabilan sosial, memajukan ekonomi rakyat.


“Ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang sentiasa menitikberatkan pembangunan yang inklusif dan seimbang, agar semua kaum dan komuniti mendapat manfaat daripada kemajuan negeri,” katanya pada Pesta Angpau FCAS di Dewan Hakka di sini malam ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.


Menurutnya, FCAS yang menghimpunkan 160 buah persatuan Cina dari seluruh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan memainkan peranan penting dalam memelihara budaya, memperkukuh perpaduan masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosial serta ekonomi Sabah.


“Pesta Angpau seperti yang dianjurkan FCAS bukan sekadar acara perayaan, tetapi lambang perpaduan, muhibah dan semangat kebersamaan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.


“Kehadiran kita pada malam ini mencerminkan keharmonian yang telah sekian lama menjadi kekuatan Sabah.


“Justeru, kerajaan negeri amat menghargai kerjasama erat yang terjalin antara kerajaan dan Gabungan Persatuan Cina Sabah dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kebajikan masyarakat, kegiatan kebudayaan dan pembangunan komuniti di negeri ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page