- nabalunews
Kerjasama Malaysia, Brunei Saling Menguntungkan Kedua-dua Negara - Hajiji
26 Ogos 2024
KOTA KINABALU : Kerjasama Malaysia dan Brunei yang berjaya ditingkatkan menerusi Rundingan Kerjasama Pemimpin Tahunan Ke-25 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam hari ini dilihat saling menguntungkan buat kedua-dua negara, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.
“Ini menjadi petanda baik untuk penyatuan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang antara Malaysia dan Brunei.
“Selain meneroka peluang baharu untuk manfaat bersama, kemajuan kerjasama dua hala sedia ada turut dibincangkan,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini, lapor Bernama.
Hajiji mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir ke rundingan itu yang berlangsung hari ini di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Brunei.
Terdahulu Perdana Menteri menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman.
Comments