Kerjasama Strategik JAPEN, Jabatan Pendidikan Beri Manfaat kepada Murid Sekolah
- nabalunews
- Sep 12
- 1 min read

12 September 2025
KUDAT: Program PENTARAMA Homecoming bukti kerjasama strategik Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah dan Jabatan Pendidikan Negeri memberi manfaat kepada murid sekolah.
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Padang Banggi, Salmat Abi berkata selain menyemai semangat patriotisme program tersebut memberikan pelbagai informasi penting kepada murid sekolah.
"Program hari ini amat menarik kerana disampaikan dalam bentuk santai tetapi mempunyai unsur-unsur pendidikan yang sangat berguna untuk murid-murid kita.

"Ia adalah selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan yang telah dilaksanakan oleh guru-guru SK Padang.
"Kerjasama strategik ini amat baik terutamanya dalam menyemai rasa cinta dan sayang kepada negara khasnya untuk murid-murid sekolah rendah.
"Kami amat berbesar hati kerana sekolah kami ini jarang-jarang mendapat lawatan program seperti ini.
"Saya berharap program ini akan dipertingkatkan lagi supaya kita mendapat impak-impak yang lebih besar dan dapat selari dengan pendidikan yang berkembang pantas," katanya ketika ditemui media selepas program PENTARAMA Homecoming di SK Padang Banggi di sini, pada Khamis.
Sementara itu, guru sekolah SK Padang, Elvon Luttor berkata program berkenaan amat menarik dan bersesuaian dengan murid sekolah rendah kerana pendekatannya yang santai.
"Apa yang saya perhatikan, program memang berkesanlah sebab paling utama yang kita nampak tadi ada unsur-unsur hiburan dan latar belakang budak-budak di sini memang mereka suka hiburan.
"Selepas ini, kami sebagai guru akan terus bantu kembangkan informasi yang mereka dapat hari ini dan terapkan dalam diri mereka supaya berpanjangan," tambah Elvon.
Seramai 358 warga SK Padang memeriahkan program berkenaan yang diisi dengan pelbagai acara antaranya ceramah Kempen Internet Selamat dan kuiz Kenegaraan.
Turut hadir, Pengarah Penerangan, Jainisah Mohd Noor dan Penolong Pengurus NADI Pulau Banggi, Sarina Jauneh./Penerangan-


















Comments