top of page

Kertas putih dasar gaji progresif dibentang di Parlimen

  • Wartawan Nabalu News
  • Nov 30, 2023
  • 1 min read

30 November 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat hari ini sebagai usaha untuk meningkatkan taraf hidup pekerja dan produktiviti negara.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, tujuan dasar ini diperkenalkan adalah untuk mereformasi struktur gaji pekerja Malaysia dan sebagai pelengkap kepada dasar sedia ada, iaitu Dasar Gaji Minimum dan Sistem Upah yang Dikaitkan dengan Produktiviti (PLWS).


"Dasar ini akan memberi manfaat bukan saja menerusi peningkatan kemahiran pekerja, malahan majikan juga akan memperoleh faedah melalui peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat," katanya di Dewan Rakyat hari ini.


Tambah beliau, Model Dasar Gaji Progresif yang akan diperkenalkan ini membabitkan peningkatan gaji secara progresif seiring peningkatan produktiviti pekerja.


"Hasrat utama kerajaan untuk mewujudkan pasaran bakat yang lebih rancak, iaitu memastikan majikan menawarkan gaji berdasarkan penetapan gaji progresif mengikut sektor untuk menarik minat bakat yang diperlukan dalam perniagaan mereka," jelasnya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page