top of page

Kes Amang Seksual Pelajar: Laporan Polis Sudah Diterima

  • nabalunews
  • Jun 22, 2025
  • 1 min read

22 Jun 2025


PENAMPANG: Polis mengesahkan sudah menerima laporan berhubung kes amang seksual membabitkan warga asing dan seorang pelajar perempuan yang tular di media sosial, sejak pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, laporan melibatkan remaja berusia 16 tahun itu diterima di Balai Polis Putatan pada jam 8 malam, 21 Jun lalu.


“Laporan polis ini adalah berkaitan dengan video berdurasi 1 minit dan 34 saat yang tular di media sosial sejak awal pagi tadi.


“Walaubagaimanapun, kes masih dalam siasatan pihak polis dan suspek juga sedang giat dikesan,” katanya dalam kenyataan media, yang dikeluarkan, hari ini.


Menurutnya, kes sedang disiasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.


Sehubungan itu, Sammy menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.


Katanya, tindakan penyebaran itu di media sosial boleh mengganggu siasatan polis serta bagi melindungi hak mangsa.


“Sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Kalista Demson di talian 011-33980319,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page