top of page

Kes baharu Covid-19 di Sabah menurun

  • Wartawan Nabalu News
  • Jan 21, 2022
  • 1 min read

ree

21 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu di Sabah hari ini kembali di bawah paras 200 iaitu 176 Kes menurun sebanyak 80 kes berbanding semalam.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, sebanyak tiga kes kematian dilaporkan hari ini iaitu dua kes di Keningau dan satu kes di Beaufort.


“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, kedudukan semasa jangkitan Covid-19 di Sabah adalah stabil.


“Turun naik kes harian secara mendadak banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari masa ke masa.


“Tetapi apapun jumlah kes setiap hari, statistik yang konsisten ialah lebih 98 peratus daripada semua kes baharu berada dalam Kategori 1 dan 2.


“Vaksinasi telah mengurangkan dengan banyak kes-kes serius akibat jangkitan COVID-19 dan ini telah mengurangkan secara signifikan jumlah pesakit yang perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan,” katanya.


Masidi berkata, jumlah kes-kes baharu daripada kluster-kluster aktif cuma 11 kes, iaitu tujuh daripada Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan dan empat daripada Kluster Puri, Ranau. Ini mempengaruhi catatan harian kes baharu yang lebih rendah di Sabah.


Katanya, bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 216 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 237,513 orang.


“Manakala 670 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 365 orang di hospital, 297 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara,” katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page