Kes baharu Covid di Sabah meningkat kepada 1,629 kes, lapan kematianKes baharu Covid di Sabah meningkat kepada 1,629 kes, lapan kematian
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kes baharu Covid di Sabah meningkat kepada 1,629 kes, lapan kematian



23 Sept 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINBALU: Jumlah kes baharu Covid-19 di Sabah meningkat kepada 1,629 kes hari ini iaitu peningkatan sebanyak 430 kes berbanding kelmarin menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 190,951 kes.


Menteri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, peningkatan tersebut adalah disebabkan oleh peningkatan kes yang ketara di beberapa daerah.


“Daerah yang mencatatkan peningkatan ketara ialah Ranau dengan 193 kes (+162 kes), Kinabatangan dengan 167 kes (+137 kes), Kota Marudu dengan 114 kes (+60 kes), dan Keningau dengan 102 kes (+36 kes).


“Manakala tiga kluster sedia ada di Kinabatangan telah menyumbang sebanyak 157 kes dariapda 167 kes baharu di daerah tersebut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Bagaimanapun jumlah kes kematian pada hari ini telah menurn kepada lapan kes, iaitu empat kes di Sandakan, dua kes di Lahad Datu dan masing-masing satu kes di Kota Kinabalu dan Nabawan, kata Masidi.

"Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama kepada kes harian dengan 892 kes manakala, 385 kes adalah daripada saringan bergejala, 194 kes daripada saringan kluster, dan saringan lain-lain (158 kes).


"Daripada 1,629 kes hari ini, sebanyak 874 kes dalam Kategori 2, 641 kes dalam Kategori 1, enam kes dalam Kategori 3, serta lapan kes masing-masing dalam Kategori 4 dan Kategori 5," katanya.


Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital atau sembuh pula sebanyak 446 orang telah discaj atau sembuh hari ini menjadikan jumlah kumulatif 166,304 orang.


"Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah seramai 177 orang dengan 63 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page