top of page

Kes baharu Covid di Sabah tertinggi setakat ini, 1,166 kes

  • Writer: Jacquline Ebit
    Jacquline Ebit
  • Aug 2, 2021
  • 2 min read


2 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes positif baharu Covid-19 di Sabah hari ini meningkat kepada 1,166 kes, angka yang tertinggi setakat ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 86,889 kes.


Tiga kes kematian turut dilaporkan hari ini iaitu ketiga-tiganya di Kota Kinabalu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, semua daerah di Sabah pada hari ini mencatatkan kes baharu dan Zon Merah Covid kekal 24 daerah.


"Kota Kinabalu masih kekal sebagai daerah mencatatkan kes baharu tertinggi harian dengan 234, diikuti Penampang sebanyak 123 kes, Tawau (106 kes), Beaufort (84 kes), Tuaran (83 kes), Papar (73 kes), Kunak (68 kes), Sandakan (61 kes), Keningau (59 kes), Tenom (41 kes), Ranau (40 kes) dan Telupid (38 kes),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, saringan kontak rapat terus menyumbang peratusan tertinggi kes baharu iaitu 57.8 peratus bersamaan 674 kes daripada jumlah kes keseluruhan pada hari ini.


"Sebanyak 122 kes baharu di Kota Kinabalu adalah daripada kontak rapat, begitu juga di Penampang dengan 89 kes, Beaufort dengan 77 kes dan Tawau 63 kes.


“Saringan bergejala menyumbang kes kedua tertinggi hari ini iaitu 171 kes dan saringan kluster mencatatkan 147 kes, manakala sarıngan bersasar merekodkan 134 dan saringan lain-lain kes pula mencatatkan 40 kes dari jumlah keseluruhan kes pada hari ini,” katanya.


Dalam pada itu, 70.29 peratus daripada kes-kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2. Kategori 1, iaitu 322 kes adalah mereka yang tidak mengalami sebarang simptom dan Kategori 2 iaitu sebanyak 495 kes sekadar mengalami simptom ringan.


“Kedua-dua kategori pesakit ini tidak perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan, sekadar ditempatkan di PKRC,” katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 580 menjadikan jumlah kumulatif 78,093 orang.


“Seramai 4,404 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 899 orang di hospital, 3,454 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 47 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 113 orang dan 31 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page