top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Kes baharu Covid melonjak naik ke 2,413 kes, 18 lagi kematian



18 Ogos 2021

Oleh Jacquline Ebit


KOTA KINABAU: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini melonjak naik ke 2,413 kes Covid-19 iaitu peningkatan sebanyak 310 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 111,346 kes.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah tersebut adalah meliputi keputusan saringan tertunggak (backlog) sebanyak 258 kes atau 10.7 peratus daripada kumulatif kes hari ini.


Sebanyak 18 kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaituu enam kes di Tawau, lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di Penampang, Tuaran dan Kunak.


Masidi berkata daripada jumlah keseluruhan kes, daerah Kota Kinabalu terus mencatatkan kes baharu harian tertinggi dengan 594 kes, diikuti Tawau dengan 348 kes, Penampang (177 kes), Tuaran (174 kes), Sandakan (150 kes), Keningau (153 kes), Lahad Datu (125 kes), Sipitang (82 kes), dan Tenom (82 kes).


"Saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu di negeri Sabah iaitu daripada 2,413 kes hari ini, 1,410 kes adalah daripada saringan kontak rapat.


"Kota Kinabalu merekodkan kes tertinggi daripada saringan kontak rapat dengan 393 kes, diikuti Tawau dengan 258 kes, Tuaran (114 kes), dan Penampang (111 kes).


"Selebihnya saringan bergejala merekodkan sebanyak 538 kes, saringan kluster merekodkan 233 kes, saringan bersasar pula sebanyak 82 kes dan saringan lain-lain kes merekodkan sebanyak 150 kes daripada jumlah keseluruhan kes pada hari ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.


"Pesakit dalam Kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 1,363 kes, Kategori 1 1026 kes, Kategori 3 sebanyak 11 kes, Kategori 4 dengan tiga kes dan Kategori 5 sebanyak lima kes," katanya.


Masidi berkata, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh 910 orang menjadikan jumlah kumulatif 91,166 orang.


“Seramai 5,258 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,246 orang di hospital, 3,958 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 45 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta.


“Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 159 orang dan 65 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

bottom of page