Kes baharu Covid melonjak naik ke 2,738 kes, 17 kematianKes baharu Covid melonjak naik ke 2,738 kes, 17 kematian
top of page
  • Writer's pictureJacquline Ebit

Kes baharu Covid melonjak naik ke 2,738 kes, 17 kematian



20 Ogos 2021 Oleh Jacquline Ebit KOTA KINABAU: Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini ialah sebanyak 2,738 kes, angka tertinggi setakat ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 116,667 kes.

Sebanyak 17 kes kematian turut dilaporkan hari ini, iaitu lima kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Tuaran, masing-masing dua kes di Beaufort dan Sandakan manakala Sipitang, Semporna, Kinabatangan, Putatan dan Tawau mencatatkan satu kes di setiap daerah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, jumlah kes yang diumum setiap hari tidak semestinya berlaku apabila keputusan saringan diketahui dan didaftar dalam tempoh 24 jam yang lalu.


"Sebanyak 247 kes hari ini merupakan kes berdaftar lewat (backlog) lebih 5 hari, 223 kes adalah kes berdaftar 4 hingga 5 hari dan 1012 kes atau 37 peratus lagi berdaftar selepas 2-3 hari keputusan saringan diketahui.


Masidi berkata pendaftaran lewat ini berlaku kerana pengumpulan dan penyemakan data secara teliti serta melibatkan jumlah yang agak banyak. "Kota Kinabalu kekal sebagai daerah tertinggi kes Covid-19 dengan 454 kes, diikuti Penampang naik dengan 328 kes, Sandakan (236 kes), Tuaran (235 kes), Tawau (225 kes), Sipitang (181 kes), Papar (138 kes) dan Putatan (104 kes)," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Menurut Masidi, saringan kontak rapat terus menjadi penyumbang utama kepada kes-kes baharu di negeri Sabah iaitu daripada 2,738 kes hari ini, 1,616 kes adalah daripada saringan kontak rapat.

"Kota Kinabalu terus merekodkan kes saringan kontak rapat tertinggi dengan 244 kes, diikuti Penampang dengan 206 kes, dan Tuaran sebanyak 192 kes.


Manakala saringan bergejala merekodkan 654 kes, diikuti saringan kluster dengan 172 kes, saringan bersasar (76 kes) dan saringan lain-lain kes (220 kes). "Pesakit dalam Kategori 2 merupakan kumpulan terbanyak dengan 1,601 kes, Kategori 1 (1,073 kes), Kategori 3 sebanyak (10 kes),Kategori 4 dan Kategori 5 masing-masing empat kes," katanya. Menurut Masidi, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh pada hari ini ialah sebanyak 1,752 orang menjadikan jumlah kumulatif sembuh 94,975 orang. “Seramai 5,056 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,306 orang di hospital, 3,715 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 25 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala 10 orang di fasiliti swasta. “Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 162 orang dan 74 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page