top of page

Kes Covid-19 meningkat, Tuaran kembali zon merah

  • Wartawan Nabalu News
  • May 16, 2023
  • 1 min read

16 Mei 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Daerah Tuaran kini telah dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 selepas mencatatkan peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.


Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Joachim Gunsalam, daerah itu melaporkan 26 kes baharu minggu lalu, berbanding 18 kes pada minggu sebelumnya.


"Daerah Tuaran satu-satunya daerah mencatatkan kes paling banyak ketika ini, menyebabkannya ia kembali diklasifikasikan zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40," katanya.


Beliau berkata, analisis kes Covid-19 bagi minggu lalu mendapati hanya tiga daerah mencatatkan penurunan kes mingguan, iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.


Manakala 16 daerah lain tidak mencatatkan sebarang kes, iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.


Beliau juga berkata, jumlah kes baharu di seluruh Sabah minggu lalu meningkat sebanyak 68 peratus kepada 64 kes berbanding 38 kes pada minggu sebelumnya.


"Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri minggu lalu," katanya.


Beliau mengingatkan orang ramai terus mengamalkan langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka di tempat orang ramai dan sesak susulan peningkatan kes Covid-19.


Σχόλια


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page