top of page

KES COVID DI SABAH DIJANGKA MENINGKAT DALAM BEBERAPA HARI: MASIDI

  • Wartawan Nabalu News
  • Jul 10, 2021
  • 2 min read



9 Julai 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Saringan Kesihatan khususnya saringan bersasar di semua kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri ini dijangka mengakibatkan peningkatan jumlah kes positif bagi Sabah dalam masa terdekat.


Bagaimanapun Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, strategi ini membolehkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri mengenal pasti dan mengurus punca jangkitan dengan lebih efektif.


“Strategi saringan kesihatan yang lebih luas juga merupakan sebahagian daripada langkah strategik untuk mengoptimumkan program vaksinasi secara besar-besaran kepada masyarakat, khususnya dalam bulan Julai dan Ogos ini,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Mengenai peningkatan jumlah kes baharu di beberapa daerah di negeri ini, Masidi berkata, ia berpunca daripada kluster-kluster sedia ada.


Beliau berkata, sejumlah 78 kes direkodkan di Kota Kinabalu pada hari ini dengan pecahan (42) kes berpunca dari Saringan Kluster, (23) kes dari Saringan Kontak Rapat dan (13) kes daripada lain-lain saringan.


“Daripada 42 kes kluster yang dicatatkan, 37 kes dari Kluster Agora Barat dengan cetusan jangkitan berpunca dari Pasaraya Bataras 1Borneo, manakala tiga kes dari Kluster Bahtera Barat, satu kes dari Kluster Lorong Berjaya dan satu kes dari Kluster Tembok Kota Kinabalu.


Beliau berkata, bagi daerah Pitas pula, sebanyak 52 kes direkodkan dengan 49 kes berpunca dari Kluster Tanjung Pitas dan tiga kes lagi dari Saringan Kontak Rapat.


“Daripada 49 kes dari Kluster Tanjung Pitas pada hari ini, 42 kes dari Kg Naruntung, lima kes dari Kg. Tangui dan tiga kes dari Kg. Mangkubang Laut.


“Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Pitas hari ini mengesahkan kewujudan Kluster Tanjung Pitas adalah rentatan berlaku dua kematian di perkampungan Naruntung pada bulan April dan Mei lalu, membawa kepada berlangsungnya Majlis Kenduri Arwah lalu mencetuskan Kluster Tanjung Pitas dengan kes tertinggi 126 kes kelmarin dan 49 kes dicatatkan pada hari ini,” katanya.


Manakala bagi daerah Kudat pula, merekodkan 36 kes dengan pecahan (31) kes berpunca dari Saringan Bersasar dan lima kes lagi dari Saringan Kontak Rapat.


Daripada 31 kes Saringan Bersasar yang dicatatkan, 19 kes adalah dari Kg Perpaduan Ria, tujuh kes dari Kg Landung Ayang dan lima kes dari Kg Perpaduan Gumpa,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page