top of page

Kes gangguan seksual lelaki cecah lebih 1,000, ramai masih tidak laporkan

  • nabalunews
  • Nov 25, 2024
  • 1 min read




 

25 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Kes gangguan seksual membabitkan lelaki merekodkan lebih 1,000 kes menerusi program advokasi antikeganasan seksual, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri. 

 

Beliau berkata sebelum ini kementerian hanya merekodkan belasan kes sahaja, namun lonjakan ini menunjukkan lebih ramai lelaki tampil membuat aduan melalui pusat sokongan sosial (PSS). 

 

"Ramai lelaki enggan melaporkan dan mereka tidak mengadu kepada polis, sebaliknya tampil membuat aduan di kaunter PSS. Jumlah ini membimbangkan sekali gus menunjukkan lelaki juga terancam. Justeru, kita mahu mereka tampil membuat laporan," katanya kepada pemberita hari ini. 

 

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kempen Menangani Keganasan terhadap Wanita dan Kanak-Kanak Perempuan di lobi Parlimen. 

 

Kempen tahunan itu diadakan setiap 25 November selaras resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai usaha global menangani keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. 

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page