top of page

Kes Pelajar Zara Qairina Dalam Siasatan IPK Sabah

  • nabalunews
  • Jul 28, 2025
  • 1 min read

28 Julai 2025


KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun menegaskan kes pelajar Zara Qairina yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Menengah Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha kini dalam siasatan polis.


Jauteh berkata, siasatan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah.


Katanya, orang ramai diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes berkenaan.


“Orang ramai dinasihatkan menunggu hasil siasatan lanjut yang dijalankan pihak polis,” katanya dalam kenyataan media ringkas yang dikeluarkan, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Papar, Superitendan Kamaruddin Ambo Saka dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


Katanya, orang ramai diminta supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.


“Masyarakat juga diminta menghormati privasi serta perasaan ahli keluarga mangsa yang sedang berduka.


“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar di talian 088-912222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.


Dalam kejadian 16 Julai lalu, Zara Qairina, 13, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya kira-kira jam 4 pagi.


Laporan polis dibuat pada jam 8.16 pagi manakala mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu, untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 1 petang, 17 Julai lalu ketika mendapatkan rawatan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page