top of page

Kes positif Covid di Sabah meningkat

nabalunews


11 Mei 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Sabah mencatatian sebanyak 57 kes positif baharu COVID-19, hari ini, meningkat sebanyak 18 kes berbanding kelmarin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 371,060 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, secara keseluruhannya lebih banyak daerah mencatatkan pertambahan jangkitan baharu berbanding daerah-daerah yang mencatatkan penurunan walaupun dalam kadar yang marginal.


“Sebanyak 10 daerah ‘bersih’ daripada sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu dan lima daerah masing- masing mencatatkan satu kes baharu sahaja.

“Kota Kinabalu merupakan satu-satunya daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka dengan jumlah jangkitan baharu yang lebih tinggi sebanyak 18 kes (+7).

“Tuaran juga merekodkan pertambahan kes harian daripada dua kes kelmarin kepada tujuh kes hari ini, Penampang 4 kes (+2) dan Sandakan 4 kes (+4). Lahad Datu, Putatan, Ranau dan Tawau masing-masing mencatatkan tiga kes baharu.

“Dua kes baharu direkodkan di Beaufort, Kuala Penyu dan Papar,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Masidi mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi SOP semasa menyambut perayaan khususnya jika ia melibatkan penyertaan bilangan orang yang ramai.


Beliau berkata, peningktan peratusan jangkitan sporadik masih tinggi iaitu 63% daripada semua kes baharu yang dilaporkan hari ini. Risiko jangkitan tetap tinggi.

“Daripada 54 orang daripada 57 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2, dua orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5. Tidak ada kes baharu Kategori 3 dilaporkan,” katanya.


Mengenai bilangan pesakit COVID-19 sembuh, pada hari ini seramai 57 orang ttermasuk yang discaj dari hospital/PKRC sembuh menjadikan jumlah kumulatif 363,668 orang.


“Manakala 191 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 190 orang di hospital dan satu orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah empat orang di ICU/repurposed kritikal care dan satu orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page