top of page

Kes Zara Qairina: Tiga Pasukan Peguam Mewakili Bapa, Ibu dan Peguambela Kanak-Kanak Tertuduh

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 2 min read

ree

3 September 2025


KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner, hari ini, membenarkan permohonan tiga pasukan peguam untuk menjadi pihak berkepentingan sepanjang prosiding inkues melibatkan kes Zara Qairina Mahathir.


Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan yang bertindak sebagai Koroner selepas mendengar permohonan daripada ketiga-tiga pasukan peguam yang mewakili Noraidah Lamat, 45 dan Mahathir Hashim @ Marikin, 44, serta peguambela bagi kelima-lima remaja tertuduh.


Mahathir diwakili peguam Sherzali Asli, Nurul Rafeeqa Afdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad manakala Noraidah pula diwakili peguam Shahlan Jufri dan Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.

Sherzali Asli
Sherzali Asli

Selain itu, lima remaja tertuduh pula diwakili Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan yang mewakili seorang daripada lima pesalah kanak-kanak terbabit dan empat lagi diwakili peguam Azhier Farhan Arisin bersama Abdul Fikry Jaafar Abdullah.


Mahkamah Koroner turut membenarkan permohonan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) dan wakil dari Kementerian Pendidikan (KPM) untuk sebagai pemerhati dalam prosiding inkues.


Barisan peguam SLS terdiri daripada presidennya, Datuk Mohamed Nazim Maduarin, Jamadi Saleh, Dominic Ghani dan Nabila Norsahar, manakala KPM diwakili Dr Norahimah Fitri.


Sementara itu, Pegawai Pengendali yang diketuai Pengarah Pendakwa Raya Negeri, Nahra Dollah memaklumkan lawatan tapak kejadian akan dibuat pada jam 9.30 pagi, 11 September depan.


Sementara itu, peguam mewakili Mahathir Hashim, Sherzali Asli berkata, sebagai ayah kandung, anak guamnya mempunyai hak ke atas anaknya dan atas sebab itu, beliau turut memohon untuk menjadi pihak berkepentingan dalam inkues yang bermula hari ini.


“Beliau mempunyai semua hak sebagai ayah biologi untuk berada di sini (Mahkamah Koroner). Ia juga adalah misi mencari bukti bagi pihaknya.


“Sejauh mana beliau bimbang, maklumat yang diperolehi hanyalah melalui media sosial. Itulah sebabnya kami berada di sini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page