top of page

Ketua Menteri ambil alih jawatan Pengerusi TAED

  • nabalunews
  • Feb 3
  • 1 min read

3 Februari 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, hari ini, mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED).


Bekas pengerusi, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, menyerahkan tugas tersebut kepada Ketua Menteri dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Kinabalu.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Peguam Besar Negeri Datuk Brenndon Keith Soh, Setiausaha Tetap Kewangan Datuk Mohd Sofian Alfian Nair dan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman.

Turut hadir Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Sabin Samitah, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Datuk Bernard Liew serta Pengarah Jabatan Kerja Raya Datuk Philemon Lajawai.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page