Ketua Menteri melepaskan konvoi JABD
- nabalunews
- 10 hours ago
- 1 min read

16 Februari 2026
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini melepaskan konvoi Jelajah Aspirasi Bebas Dadah (JABD) Sabah yang melibatkan 150 motosikal dan lapan kenderaan pacuan empat roda di Menara Kinabalu.
Program yang dianjurkan bersama Agensi Antidadah Kebangsaan, Skuad Anti Dadah Sabah, Foodpanda dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) itu akan menjelajah seluruh Sabah sehingga September depan.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah serta kepentingan menjadikan Sabah bebas dadah, program tersebut akan berakhir pada 6 September di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena Sabah Moto Day 9.0.

Pada majlis sama, Ketua Menteri turut menyerahkan replika cek berjumlah RM531,350 sebagai sumbangan caruman daripada Kerajaan Negeri kepada KWSP untuk 10,627 penunggang e-hailing.


















Comments