top of page

Ketua Menteri Mempengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah

nabalunews
Feb 26
1 min read

26 Februari 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil. Pertama bagi tahun 2026 di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.


Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, di samping memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan.


Ia adalah usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negeri dan negara daripada sebarang ancaman.


Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor B Sanjos.


Turut hadir Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali, Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page