top of page

Ketua Menteri zahir ucapan Good Friday, Easter kepada umat Kristian Sabah

  • nabalunews
  • 48 minutes ago
  • 1 min read

3 April 2026


KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menzahirkan ucapan sempena Good Friday dan Easter kepada seluruh umat Kristian di Sabah, sambil menekankan kepentingan keharmonian dan perpaduan rakyat.


Beliau berkata, perayaan berkenaan wajar disambut dalam suasana penuh damai dan kasih sayang bersama keluarga serta komuniti gereja.


“Kepada umat Kristian di seluruh Sabah dan di mana jua anda berada, semoga perayaan ini disambut dalam suasana penuh kedamaian, kasih sayang dan keberkatan bersama ahli keluarga serta komuniti gereja,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.


Hajiji turut berharap agar cuti umum yang diraikan di negeri ini dapat dimanfaatkan untuk meluangkan masa bersama insan tersayang di samping memperkukuhkan hubungan sesama masyarakat.


Katanya lagi, sambutan Good Friday dan Easter juga diharap terus menyemarakkan semangat perpaduan serta saling hormat-menghormati dalam kalangan rakyat Sabah.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page