Ketua Pengarah Kesihatan akan bersara pada 21 April
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ketua Pengarah Kesihatan akan bersara pada 21 April


12 April 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang telah berkhidmat selama 35 tahun dalam bidang kesihatan negara dan menjadi ‘wira’ rakyat dalam menangani krisis COVID-19, akan bersara wajib pada 21 April ini.


Dr Noor Hisham, 60, yang memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, berkata persaraan adalah babak kehidupan seterusnya dan beliau tidak sabar meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga.


“Biar saya bersara dahulu dan saya akan berkongsi dengan anda pengalaman saya kemudian,” katanya kepada media baru-baru ini.


Dr Noor Hisham dikenali sebagai seorang yang bekerja keras dan memberikan maklumat terkini mengenai COVID-19 di media sosial dengan berlandaskan fakta dan statistik.


Beliau juga dinamakan sebagai antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN) berdasarkan kewibawaan beliau menangani krisis COVID-19.


Sebagai penghargaan di atas segala jasa dan sumbangan beliau kepada Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengadakan sesi khas dalam mesyuarat terakhir yang dipengerusikan oleh beliau sebelum bersara.


Beliau turut menitipkan pesanan berikut: “Dalam bekerja kita hendaklah ikhlas, buat yang terbaik dan selanjutnya bertawakal (berserah pada Tuhan).”

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page