top of page

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

  • nabalunews
  • 7 minutes ago
  • 1 min read

ree

5 Disember 2025


KOTA KINABALU: Tokoh politik berpengaruh UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, meninggal dunia pada usia 66 tahun, selepas dimasukkan ke Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, sejak semalam.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan baru saja dipilih sebagai semula sebagai Ahli Dewan Undangan Lamag untuk penggal kedua pada Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah, disahkan meninggal dunia pada jam 1.46 pagi tadi.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan anak Allahyarham, Naim Kurniawan Moktar, memaklumkan Bung berada dalam keadaan kritikal sebelum disahkan meninggal dunia.


Pemergian Bung Moktar meninggalkan satu kekosongan besar dalam landskap politik Sabah, khususnya di kawasan Kinabatangan dan Lamag yang telah beliau wakili selama lebih dua dekad.


Difahamkan, jenazah beliau akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Likas.


Sepanjang karier politiknya, Bung Moktar merupakan antara tokoh Sabah yang memainkan peranan besar dalam UMNO serta BN di peringkat negeri dan pusat.


Arwah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999 dan sejak itu terus berkhidmat di bawah enam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page