top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ketua Wira Warisan Kota Marudu keluar parti, sokong Peter Anthony


23 Jan 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan) Kota Marudu Poisco Sabin hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyatakan sokongan kepada Datuk Peter Anthony.


Pemangku Ketua Wira Bahagian Kota Marudu itu mengumumkan perkara itu dalam satu video yang tular di media sosial hari ini.


Beliau berkata, turut serta meninggalkan parti Warisan ialah AJK Bahagian, AJK Wanita Warisan dan AJK Wira Bahagian, Pengerusi dan AJK Task Force Warisan KDM DUN Bandau, Ketua-Ketua Cawangan Parti Warisan, Ketua-Ketua Wanita Warisan Cawangan, mantan-Mantan Ketua Kampung, mantan-Mantan Pengerusi MPKK serta beberapa orang berpengaruh di kawasan Kota Marudu


“Saya mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Parti Warisan serta-merta pada hari ini dan menyokong kepimpinan Datuk Peter Anthony, Presiden KDM,” katanya.


Sementara itu satu lagi video tular di media sosial mengenai Exco Wira Warisan Libaran yang turut mengumumkan keluar dari parti itu hari ini dan menyatakan sokongan kepada Datuk Peter Anthony dan parti yang akan ditubuhkan kelak.

Comments


bottom of page