top of page
nabalunews

Kiulu jadi lokasi pelaksanaan perintis Sistem Bacaan Meter Sendiri (SMR)

21 Ogos 2024


TUARAN: Daerah Kecil Kiulu akan menjadi lokasi perintis pelaksanaan Sistem Bacaan Meter Sendiri (SMR) yang akan dilaksanakan menjelang akhir bulan ini.


Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, inisiatif yang diambil SESB itu adalah bagi mengatasi masalah berkaitan pembacaan bil-bil elektrik terutamanya di kawasan perkampungan dengan bentuk muka bumi yang mencabar dan akses perhubungan yang terhad.


“Semalam saya telah mempengerusikan sebuah mesyuarat di SESB Tuaran mengenai satu projek perintis yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.


“Projek yang dikenali sebagai SMR ini merupakan inisiatif SESB untuk mengatasi cabaran-cabaran berkaitan pembacaan bil-bil elektrik terutamanya di kawasan perkampungan dengan bentuk muka bumi yang tidak menentu

dan akses perhubungan yang terhad.


“Inisiatif ini akan dilaksanakan dengan kerjasama pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan. Pelancaran program ini akan diadakan pada 27 Ogos 2024 dan daerah kecil Kiulu akan menjadi projek perintis bagi program ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.


Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata, pihaknya berharap agar projek perintis itu akan berjalan lancar sebelum diperluaskan di kawasan lain sekali gus memberikan manfaat kepada pengguna.


“Saya berharap, dengan doa dan usaha kita bersama, projek perintis ini akan berjalan lancar sebelum diperluaskan di kawasan lain sekali gus memberikan manfaat kepada para pengguna sekalian,” katanya.

Comentarios


bottom of page