KKD dan KPT akan segera usahakan jalur lebar talian tetap di kampus
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KKD dan KPT akan segera usahakan jalur lebar talian tetap di kampus


9 Julai 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Sebagai respons kepada permintaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan melaksanakan tindakan segera untuk meningkatkan kesalinghubungan Internet di kampus universiti seluruh negara.


Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata isu utama yang perlu ditangani adalah jalur lebar talian tetap di dalam bangunan dan asrama.


"Saya telah berhubung dengan Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengenai perkara ini. Insya-Allah KKD, KPT dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan segera usahakan," katanya dalam ciapan di laman Twitter rasminya hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai respons kepada permintaan Anwar yang meminta KKD memberi keutamaan supaya kesalinghubungan Internet di kampus universiti merupakan satu keperluan asas dan menjadi elemen penting yang harus disediakan seperti buku teks.


"Kadang-kadang kita nak tunggu sistem rangkaian yang terlalu terperinci, nak tunggu rangkaian 5G itu akan memakan masa satu dua tahun.


“Jadi ada cadangan yang akan dikemukakan dan saya akan beri respons, dan mudah-mudahan kalau dapat kita boleh pastikan kemudahan itu dan pasang di semua universiti tahun ini juga," katanya semasa Program Temu Anwar di Universiti Utara Malaysia, Sintok di Kedah semalam.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page