top of page

KKIA: Bom Tangan Mainan Ditinggalkan Kanak-Kanak Lelaki Dan Seorang Wanita

  • nabalunews
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

10 Oktober 2025


KOTA KINABALU: Polis mengenalpasti objek menyerupai bom tangan yang ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ditinggalkan oleh seorang kanak-kanak lelaki dan seorang wanita dewasa.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, kedua-dua individu terbabit dilihat meletakkan objek berkenaan sebelum beredar dari tempat kejadian.


“Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah bersama seorang wanita telah meletakkan objek tersebut di lokasi sebelum beredar dari tempat kejadian.

ree

“Susulan itu, kawalan keselamatan telah dilaksanakan di kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan awam terjamin,”katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Kasim berkata, pasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah telah dipanggil ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut.


Bagaimanapun katanya, siasatan mendapati objek tersebut bukan bahan letupan, sebaliknya ialah alat permainan kanak-kanak.


“Polis menasihatkan orang ramai agar tidak meninggalkan sebarang objek mencurigakan di tempat awam yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.


“PDRM turut menzahirkan penghargaan kepada orang awam dan pihak pengurusan KKIA atas keprihatinan serta kerjasama yang diberikan dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara.


“Orang awam juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page