KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut prosedur - PM
top of page
  • Farah Salim

KKM akan bentang kertas putih perolehan vaksin Covid-19 tidak ikut prosedur - PM


9 Februari 2023

Oleh Farah Salim


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin Covid-19 dan kos berkaitan yang dikesan tidak mengikuti peraturan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mempengerusi mesyuarat kabinet kelmarin berkata, pembentangan kertas putih tersebut akan diadakan pada sidang Parlimen yang akan berlangsung bermula 13 Februari ini.


Jelas beliau, Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa akan memperincikan secara lanjut berhubung perkara itu.


“Kita mendapati (pembelian dan kos vaksin) tidak mengikuti peraturan, transaksi yang diluluskan tidak mematuhi proses sebenar.


“Sebahagian perolehan vaksin menimbulkan persoalan berhubung angka dan kos, dan perkara ini perlu dibentangkan di Parlimen,” katanya.


Jelas beliau, menteri-menteri yang terlibat dipercayai menandatangani pembelian vaksin itu ketika tempoh pandemik bagi tujuan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICk) tanpa persetujuan Jabatan Peguam Negara.


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page