top of page

KKM HARAP PERUNTUKAN LEBIH TINGGI DALAM BELANJAWAN 2021

  • nabalunews
  • Oct 28, 2020
  • 1 min read

28 OKTOBER 2020

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi dapat diberikan kepada kementerian itu melalui Belanjawan 2021 bagi membolehkan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik disediakan kepada rakyat untuk merawat penyakit berjangkit dan tidak berjangkit di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata melalui peruntukan itu, pihaknya juga merancang penubuhan hospital penyakit berjangkit dan penambahan latihan untuk pakar kesihatan di lapangan serta perubatan di hospital.

"Kita memang memerlukan tambahan peruntukan untuk kementerian bagi meningkatkan perkhidmatan dan aktiviti kesihatan untuk rakyat," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 Nov. – Bernama

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page