top of page

KKM nafi klinik kesihatan tidak terima pesakit walk-in

  • nabalunews
  • Jan 2
  • 1 min read

2 Januari 2026


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in, atau tanpa janji temu, seperti yang tular di media sosial.


KKM dalam satu kenyataan memaklumkan, walaupun sistem janji temu adalah kaedah utama, ruang untuk pesakit walk-in tetap disediakan, khususnya bagi kes kecemasan, warga emas, dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi.


“Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.


“Manakala pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.


Tambah kementerian itu, pihaknya amat memahami bahawa akses teknologi adalah berbeza bagi setiap individu.


Justeru, menurut KKM, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama.


Terdahulu, tular di dalam media sosial kononnya semua Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in bermula bulan ini dan janji temu hanya akan menggunakan sistem MySejahtera.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page