top of page

KKM SASAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 MENURUN BAWAH 0.5 - KP KESIHATAN

  • nabalunews
  • Nov 18, 2020
  • 1 min read


18 Nov 2020


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan penurunan nilai kebolehjangkitan atau R naught (RO) bawah 0.5 menerusi aktiviti kesihatan awam dalam mencegah dan mengawal penularan wabak COVID-19.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu yang dilaporkan semalam iaitu 1,210 kes, meletakkan nilai kadar kebolehjangkitan negara antara 1.1 dan 0.9.


“KKM menyasarkan R naught atau kadar kebolehjangkitan bawah nilai 0.5 dengan mempertingkatkan aktiviti kesihatan awam bagi mencegah dan mengawal jangkitan (COVID-19),” katanya menerusi Twitter rasminya hari ini.


Semalam, kes positif COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan angka empat digit dengan 1,210 lagi kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif dalam negara 49,730. – Bernama


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page