top of page
nabalunews

KL City cipta sejarah, julang Piala Malaysia


1 Dis 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City (KL City) berjaya mencipta sejarah menamatkan kemarau 32 tahun tanpa piala apabila berjaya menjuarai Piala Malaysia selepas menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan keputusan 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. Kemenangan tersebut menyaksikan KL City memenangi geleran keempat mereka selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1989. Pada aksi tersebut kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka dengan jentera serangan KL City diketuai oleh Romel Morales manakala JDT menerusi penyerang trio mereka Arif Aiman Hanapi, Safawi Rasid dan Bergson Da Silva. Babak pertama perlawanan menyaksikan JDT bermula garang dan hampir membuka jaringan menerusi Bergson da Silva namun rembatannya pada minit kelapan terkena palang gol. JDT terus melakukan asakan terhadap pertahanan KL City namun setiap percubaan JDT dinafikan penjaga gol Kevin Mendoza yang beraksi cemerlang. Pada babak kedua KL City mula bermain dengan agresif dengan mrlakukan lebih banyak serangan berbanding babak pertama. Serangan demi serangan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila KL City berjaya membuka jaringan menerusi Zhafri Yahya pada minit ke-65. Harapan JDT untuk membalas balik tidak kesampaian apabila gawang sekali lagi dibolosi KL City pada minit ke-74 menerusi jaringan voli kapten pasukan KL City, Paulo Josue. Kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat mengesahkan kemenangan KL City ke atas JDT.

コメント


bottom of page