KLUSTER BAHARU DI KUNAK, LAHAD DATU LIBATKAN PELAJAR ASRAMA DAN GURU SMK MADAIKLUSTER BAHARU DI KUNAK, LAHAD DATU LIBATKAN PELAJAR ASRAMA DAN GURU SMK MADAI
top of page
  • Wartawan Nabalu News

KLUSTER BAHARU DI KUNAK, LAHAD DATU LIBATKAN PELAJAR ASRAMA DAN GURU SMK MADAI



28 April 2021

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pelajar asrama dan guru sekolah SMK Madai, dikenali sebagai Kluster Madai Kunak dan Lahad Datu.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu merekodkan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 30 kes.


Beliau berkata, daripada kluster itu, sebanyak 12 kes dicatatkan di Lahad Datu manakala 18 kes lagi di Kunak.


"Kes indeks merupakan pekerja pasaraya di Lahad Datu yang dikesan positif dalam saringan bergejala pada 04 April lalu.


"Saringan kontak rapat pada 08 April mendapati 11 rakan serumah juga positif RTK-Ag. Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada ibu mertua yang telah melakukan rentas daerah ke Kunak bagi menzarahi anaknya iaitu guru di SMK Madai.


"Guru tersebut telah disahkan positif oleh pusat kesihatan di Kunak pada 09 April," katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata, susulan kes itu, saringan kali kedua terhadap semua guru dan pelajar di SMK Madai dijalankan pada 20 April, selepas saringan pertama pada 10 April gagal mengesan sebarang kes.


Katanya, saringan terbabit tiga pelajar asrama positif RTK-Ag dan dua pelajar asrama positif RT-PCR. Turut dikesan, dua kes melibatkan ahli keluarga pelajar asrama (pelajar pulang asrama).


"Saringan sampel kedua yang dijalankan pada 27 April mengesahkan enam pelajar asrama SMK Madai positif RTK-Ag.


"Dalam pada itu, saringan tempat kerja (SMK Madai) mengesahkan satu kes positif, sementara saringan bergejala merekodkan empat kes baharu di Hospital Kunak pada 18 April lepas. Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan," katanya.



photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page