top of page

Kluster baharu dikesan di Kg. Sangkabok Kuala Penyu

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Aug 3, 2021
  • 1 min read

3 Ogos 2021 Oleh Marryan Razan KOTA KINABALU: Kluster baharu dikenali sebagai Kluster Sangkabok - Kuala Penyu merupakan kluster komuniti mencatatkan jumlah kumulatif 33 kes positif Covid-19. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster jenis komuniti itu menular di Kg Sangkabok dan Kg Tg Aru dalam Daerah Kuala Penyu. “Kluster ini dikesan apabila kes indeks, suri rumah, 62, disahkan positif RTK-Ag grading 10% hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 16 Julai 2021. “Berdasarkan maklumat, kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke Beaufort untuk mendapatkan rawatan kesihatan. “Saringan kontak rapat dan kontak sosial setakat hari ini, mencatat jumlah kumulatif 33 kes termasuk empat kes baharu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page