nabalunews
KLUSTER BAHARU HARI INI DIKESAN DI PULUTAN NABAWAN
4 Jun 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Pulutan Nabawan di Kampung Pulutan yang mula dikesan pada 31 Mei lau melalui saringan BID di Hospital Keningau.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster indeks merupakan seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU), 56, yang mempunyai simpton batuk serta demam dua hari sebelum kematiannya.
“Susulan kes itu, daripada 97 individu yang disaring, 10 individu disahkan positif COVID-19 manakala 86 kes lagi masih menunggu keputusan saringan pertama.
“Berdasarkan siasatan awal, kluster indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis penghormatan terakhir di Kampung Pulutan pada 30 hingga 31 Mei 2021.
“Semua kes positif telah dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan lanjut dan pengasingan di PKRC Keningau,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini.
Comments