top of page

KLUSTER BAHARU KLUSTER KG.BERGOSONG TAWAU LIBATKAN TEMPAT KERJA

  • nabalunews
  • Apr 30, 2021
  • 1 min read

30 April 2021 Oleh Wartawan Nabalu News KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini melibatkan tempat kerja, dikenali sebagai Kluster Kluster Kg Bergosong di Tawau. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu merupakan kluster jenis komuniti dan tempat kerja yang merekodkan jumlah terkini sebanyak 21 kes. “Kes indeks merupakan seorang suri rumah dari Kg Bergosong yang disahkan positif Covid-19 melalui saringan bergejala pada 13 April 2021. “Saringan terhadap kontak rapat kemudiannya mendapati lapan kes positif termasuk ahli keluarga kes indeks. “Hasil penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan ketika menghadiri majlis kenduri tahlil pada 08 April 2021,” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, hari ini. Masidi berkata, saringan di tempat kerja iaitu di Ladang Prosperous Kg Bergosong turut dijalankan berikutan salah seorang daripada kontak rapat yang dikesan positif merupakan pekerja di ladang terbabit. Beliau berkata, sehingga kini, aktiviti pengesanan kontak rapat dan mengenal pasti punca jangkitan masih giat dijalankan.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page