top of page

KLUSTER BAHARU MELIBATKAN PEKERJA SYARIKAT PEMBALAKAN DI KALABAKAN

  • Wartawan Nabalu News
  • Feb 8, 2021
  • 1 min read

ree
gambar hiasan

8 Feb 2021


Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan kakitangan syarikat pembalakan swasta di Kalabakan, dikenali sebagai Kluster Batu 38 Kalabakan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster itu mencatatkan 17 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 18 kes.


“Kes indeks merupakan seorang kakitangan syarikat pembalakan swasta yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 04 Februari lalu.


“Saringan kontak rapat dan tempat kerja sedang giat dijalankan,” katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.


Masidi berkata dari segi jumlah kapasiti katil sebanyak 1,078 unit katil di hospital Covid, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam sebanyak 4,033 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit.


“Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 6,111 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 24.4 peratus,” katanya.


 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page