top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu melibatkan pelajar asrama SMK Kota Marudu 2



8 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu lagi kluster baharu institusi pendidikan direkodkan hari ini dikenali sebagai Kluster Jalan Kebulian melibatkan pelajar SMK Kota Marudu 2.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah pelajar wanita, Tingkatan 5 yang tinggal di asrama sekolah itu.


“Kes mula bergejala pada 2 Februari lalu dan didapati positif melalui saringan RTK Ag pada 3 Februari. Kes telah dikuarantin dan diberikan rawatan yang sesuai.


“Saringan keatas kontak rapat mendapati tujuh orang lagi didapati positif menjadikan jumlah kes positif kumulatif sebanyak 16 kes.


“Semua mereka yang positif telah dikuarantin dan diberikan rawatan lanjut,” katanya.


Masidi berkata, sejumlah 2,056 atau 99.37 peratus daripada 2,069 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2.


Comments


bottom of page