Kluster baharu melibatkan pelajar asrama SMK Tongod
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Kluster baharu melibatkan pelajar asrama SMK Tongod



22 Feb 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan pelajar asrama SMK Tongod dikenali sebagai Kluster Kuala Tongod.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, indeks kes adalah seorang pelajar lelaki, 18 tahun, warganegara dan dikesan melalui saringan bergejala pada 8 Feb lalu.


“Saringan terhadap kontak rapat mendapati pertambahan 67 kes. Secara keseluruhannya, jumlah kumulatif Kluster ini ialah 68 kes positif setakat hari ini (22 Feb).


“Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan selanjutnya. Kontak rapat tidak bergejala juga telah diberikan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan media hari ini.


Masidi berkata, sehingga kini, terdapat 42 kluster yang masih aktif di seluruh Sabah.


Beliau berkata, jumlah kes positif baharu Covid-19 pada hari ini adalah sebanyak 4,406 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 317,652 kes.


“Sebanyak 12 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu lima kes di Kota Kinabalu, dua kes di Tuaran dan masing-masing satu kes di Sandakan, Kuala Penyu, Penampang, Kota Marudu dan Beluran.


“Jumlah kes harian menyusut 364 kes berbanding semalam, menjadikan angka jangkitan baharu berjumlah 4,406 kes. Bagaimanapun jumlah kes keseluruhan masih tinggi dan beberapa daerah yang selama ini mencatat jumlah jangkitan yang rendah mula mencatatkan pertambahan kes harian.


“Kota Kinabalu kekal dengan catatan kes tertinggi iaitu sebanyak 1,077 kes. Sembilan daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Penampang (515 kes), Papar (451 kes), Tuaran (402 kes), Tawau (211 kes), Keningau (192 kes), Beaufort (182 kes), Ranau (154 kes), Kota Belud (153 kes) dan Sandakan sebanyak 151 kes,” katanya.


Masidi berkata, peratusan jangkitan sporadik atau kes bergejala kekal tinggi yakni 62.57 peratus atau 2,757 kes daripada jumlah keseluruhan hari ini.


“Sejumlah 99.34 peratus atau 4,377 daripada 4,406 kes adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat lapan kes dalam Kategori 3, 13 kes dalam Kategori 4 dan lapan kes dalam Kategori 5,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page