top of page

Kluster baharu melibatkan Pusat Latihan Polis

  • Writer: Marryan Razan
    Marryan Razan
  • Sep 2, 2021
  • 1 min read


2 Sept 2021

Oleh Marryan Razan


KOTA KINABALU: Satu klutser baharu direkodkan di Sabah hari ini dikenali sebagai Kluster Jalan Pahlawan - Kota Kinabalu, Penampang merupakan kluster jenis institusi latihan.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata, kluster ini melibatkan Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kota Kinabalu yang terletak dalam Mukim Petagas.


“Penularan jangkitan berlaku dalam kalangan pelatih konstabel polis, tenaga jurulatih polis, pekerja di dewan makan pusat latihan tersebut serta turut menjangkiti ahli keluarga.


“Selain Kota Kinabalu, daerah Penampang turut melaporkan kes yang mempunyai kaitan dengan kluster berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Masidi berkata, kes indeks adalah jurulatih polis, lelaki, 44, yang tinggal di Perumahan IPK Blok Orkid Kepayan dan disahkan positif pada 26 Ogos 2021 di Klinik Kesihatan Luyang, setelah bergejala sejak 24 Ogos 2021.


Beliau berkata, kes telah dimasukkan ke PKRC Pirasan Kota Belud untuk rawatan lanjut.


“Daripada 72 sampel yang diambil, 45 kes positif dikesan termasuk 41 kes baharu pada hari ini. Manakala sembilan sampel didapati negatif dan 18 masih menunggu keputusan ujian saringan,” katanya.

 
 
 

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page